untuk mencapai kejayaan kita perlu....
1. Tetapkan matlamat yang jelas
Pastikan mempunyai matlamat yang jelas. Bukan sahaja jelas, tetapi yang sangat jelas sehingga kita sendiri boleh melihat segalanya dengan terperinci- apa yang hendak dicapai, bila hendak di capai dan segala perancangan yang perlu dilakukan untuk mencapai matlamat tersebut.
Segalanya perlu jelas.
Lebih jelas, maka, lebih mudah untuk melihat jalan cara mencapainya. Matalamat yang samar-sama, tarikh deadline yang samar-samar dan perancangan yang samar-samar pastinya peluang untuk mencapainya juga samar-samar!
2. Usaha dengan konsisten
Tiada jalan pintas mencapai matalamat dan kejayaan. Usaha perlu konsisten untuk memastikan perancangan yang jelas telah dilakukan akan diusahakan. Dengan mempunyai perancangan yang jelas, di mana setiap langkah dan cara ditetapkan, usaha akan menjadi semakin mudah.
Luangkan banyak masa untuk perancangan yang jelas- seperti menghasilkan jadual kerja yang lengkap untuk minggu-minggu yang akan datang kerana ini akan memudahkan lagi usaha yang konsisten.
Sekiranya tidak merancang usaha, maka kita merancang usaha untuk gagal!
3. Ubah sampai dapat!
Adakalanya (selalu juga) apa yang dirancang tidak menjadi. Apa yang di tujukan tersasar. Adakalanya tersasar jauh, adakalanya tersasar sipi-sipi sahaja. Namun, itulah hakikatnya perjalanan mencapai kejayaan.
Perjalanan bukanlah lurus dan mudah sahaja, tetapi ada pelbagai rintangan sepanjang jalan yang tidak diduga dan tidak termasuk dalam perancangan yang kita lakukan.
Apa yang penting adalah, kita perlu sedia dan fleksibel untuk berubah cara, teknik, kaedah dan strategi untuk mencari jalan lain, supaya tercapai juga matlamat yang telah kita tetapkan. Dari masa ke semasa, audit dan lihat semula usaha dan perjalanan yang telah dilakukan. Perlukah sebarang perubahan supaya masalah yang terjumpa akan menjadi penyelesaian?
Kejayaan telah dicapai oleh ramai orang. Dan sekiranya dilihat orang-orang yang berjaya dalam bidang masing-masing, adalah mereka yang mempunyai matlamat, berusaha dan sanggup berubah untuk mencapai juga matlamat yang ditetapkan!
Rintangan dan dugaan tidak dapat dipisahkan dalam perjalanan mencari kejayaan. Adakalanya rintangan yang datang telalu besar cabarannya sehingga rasa tertekan dan ingin putus asa. Ke kiri tidak betul, ke kanan juga tidak menjadi. Di hadapan adalah jalan buntu dan tidak tahu bagaimana hendak kita teruskan perjalanan lagi.
Berikut adalah 3 perkara yang perlu dilakukan apabila terjumpa jalan buntu…
1. Apabila terjumpa jalan buntu…
Pastinya jiwa terasa stress. Dalam keadaan stress ini, minda tidak dapat berfungsi dengan sempurna dan sukar untuk mencari penyelesaian yang terbaik. Ketika keadaan ini, anda perlu berhenti dari melakukan apa apa. Waktu ini bukanlah waktu untuk membuat sebarang keputusan.
Cari ketenangan dengan berehat. Ia mungkin mengambil masa beberapa jam, atau beberapa hari untuk anda fikir dengan lebih sempurna dalam keadaan yang tenang. Lakukan apa yang anda suka yang menenangkan jiwa, seperti beriadah, melihat alam, pergi ke pantai, beribadat di masjid, membaca Al Quran dan sebagainya.
Lapangkan dada dalam mencari ketenangan oleh kerana dalam apa sahaja masalah pastinya ada penyelesaiannya. Namun penyelesaian tidak akan datang ketika keadaan tertekan memikirkan jalan yang buntu.
2. Apabila terjumpa jalan buntu…
Minta bantuan dan pendapat dari mereka yang berpengalaman. Apa sahaja masalah pastinya ada penyelesaiannya. Dan pastinya penyelesaian tersebut pernah dilakukan oleh orang yang lain dalam keadaan yang sama. Waktu ini bukanlah waktu untuk menjadi ego dalam meminta bantuan atau pendapat orang lain.
Mungkin bantuan secara langsung tidak dapat diberi (Contoh, masalah kewangan dan meminta pinjam wang dari orang lain), tetapi pastinya bantuan dari segi pendapat dapat diberikan (Seperti, masalah kewangan dan mencari nasihat bagaimana hendak keluar dari masalah tersebut).
Minta pendapat dari mereka yang lebih berpengalaman untuk mengetahui selok belok dan pilihan untuk keluar dari masalah tersebut.
3. Apabila terjumpa jalan buntu…
Solat Istikharah untuk diberi petunjuk Allah swt jalan penyelesaian terbaik.Sebelum tidur, dalam keadaan yang tenang, dirikan solat Istikharah dan minta petunjuk untuk membuat sesuatu keputusan apabila berdoa…
“Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan…) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan…) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya”.
Dan berserah kepada Allah swt!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan