Isnin, 25 April 2016

KENAPA WANITA PERLU CANTIK?


WANITA PERLU CANTIK
....Cantik....
💋 ....satu perkataan yg menjadi kegilaan smua waNita💃

Ramai wanita sgup bt apa saja untuk cantik kan??


Bagi yg blom kawen
nk cntik spya sng mndpt phatian✔
bg yg dh kawen,nk cntik sb nk suami tertarik sepanjang zaman(penting ni)...✔✔
.
pernah juga sya dgr org kata yg perempuan ni ....
.
"umur 20an mmg mngancam,
dah 30 an mcm2,
masuk 40 an semankin terancAm,
jejak 50 an terasa di ancam,
sampai 60 an terus x cam..."
.
walaupon hya 1 gurauan tp point nya ttp ada kat situ ..
.
Jadi penting lah kita org perempuan untuk mnjga kecantikan.✔✔✔
.
Bukan bila dh ada suami ,mula dah malas nk melawa ...pulak tu dok rumah pon hr2 pkai baju kelawar,suami tgok pon jd tawar...😅😅

setiap insan baik lelaki atau perempuan ingin kelihatan cantik,kemas,bergaya dan sebagainya..hal ini kerana setiap insan mempunyai naluri yang unik sepert wanita..mereka tidak suka memakai pakaian yang selekeh dan koyak rabak kerana pakaian tersebut tidak mengikut kehendak mereka..sekiranya memakai baju yang sudah lama tetapi pandai mengayakan pakaian tersebut akan kelihat kemas,cantik dan bergaya.. wanita ingin kelihatan cantik dan menarik bukan hanya untuk menarik minat lelaki untuk mendekatinya tapi untuk mencapai kepuasan diri sendiri..kebanyakan wanita sukakan benda yang cantik kerana itu adalah naluri semulajadi seorang wanita..

Ya, dalam al-quran sendiri, Allah SWT jelaskan bahawa, wanita dijadikan untuk lelaki untuk wanita dan Rasululullah SAW pernah menyebut bahawa antara ciri-ciri wanita yang perlu dipilih oleh lelaki untuk dijadikan isteri adalah cantik. Itupun setelah diberi keutamaan dalam ciri-ciri agama dahulu.

Seorang wanita yang cantik sahaja tidak berguna kalau tidak sihat. Untuk itu, hari ini saya ingin berkongsi rahsia kesihatan wanita dengan anda khususnya wanita-wanita yang ingin sihat.


Rahsia Kesihatan Wanita


  • Minum Banyak Air

Kita disarankan banyak minum air kosong atau air suam  sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Suhu badan manusia boleh diseimbangkan dengan pengambilan air masak yang mencukupi. Air amat penting untuk tubuh kerana tekanan darah akan lebih konsisten sekaligus membuatkan jantung berfungsi dengan lebih konsisten. 

Air juga berfungsi untuk membawa keluar semua toksin atau kekotoran yang terhasil dalam tubuh manusia (dikeluarkan menerusi peluh dan air kencing). Minum air yang mencukupi juga dapat membantu menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan. 

  • Bersenam


Senaman adalah di antara ubat yang bukan saja murah, malah amat berkesan dalam merawat dan mengawal pelbagai masalah kesihatan. Bagi mereka yang berasa ‘tidak bertenaga’ apabila sampai di rumah dari tempat kerja, cubalah luangkan masa untuk bersenam. 

Buat senaman ringan di dalam rumah seperti menari, turun naik tangga atau berjalan setempat sehingga berpeluh (dalam 15 hingga 20 minit). Anda akan rasa lebih bertenaga selepas bersenam. Malah, emosi juga akan bertambah baik.

Berjalan di sekitar rumah pun satu bentuk senaman yang mudah. Jom mulakan senaman kita di awal pagi seperti selepas bangun tidur, sedikit senaman regangan dapat membantu melancarkan kembali peredaran darah.

  • Jangan Merokok



Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan. Perokok bukan sekadar membahayakan diri sendiri, malahan orang sekeliling seperti anak-anak. Perokok bukan sahaja terdedah kepada risiko strok, sakit jantung, kanser paru-paru serta banyak lagi penyakit kronik yang lain.

Merokok untuk kurus? Banyak lagi kaedah lain yang lebih selamat. Jangan korbankan diri anda, ingatlah orang tersayang.


  • Tidur Yang Mencukupi


Kajian menunjukkan, individu yang kurang tidur berisiko mendapat penyakit.Tak cukup tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam. Tidur yang cukup akan membantu mengurangkan stress dan menyegarkan badan. Lebih banyak protein dihasilkan semasa tidur dan protein inilah yang membentuk sel-sel baru bagi menggantikan atau memperbaiki sel-sel yang rosak.

  • Rehatkan Kulit Tanpa Sebarang Mekap


Pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas. Jangan biarkan sisa-sisa mekap melekat di muka ketika masuk tidur. Rajin-rajinkan mencuci muka

  • Makan Yang Cukup Tetapi Bukan Berlebihan



Jangan disebabkan  nak kurus, anda rela berlapar setiap hari.Cara yang paling baik ialah makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga danvitamin yang diperlukan badan . Tetapi anda perlu pastikan ia menu sihat dan bukannya penuh lemak atau makanan segera semata-mata.

  • Manjakan diri




Tidak salah sekiranya kita meluangkan masa memanjakan diri seperti membuat facial atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa. Anda juga boleh melakukannya di rumah. Kini terdapat banyak produk yang dapat kita gunakan untuk kita lakukan sendiri. Ini secara tidak langsung dapat berbelanja secara berhemah.

  • Mendengar Bacaan Al-Quran, Zikir Atau Muzik

Mendengar alunan suara yang lembut dapat menjadi terapi buat diri kita. Ini amat bersesuaian terutamanya bagi meredakan ketegangan. Menurut kajian muzik juga dapat merangsang otak yang memberi kesan secara langsung kepada pendengaran danpenglihatan.

  • Selalu Ketawa Dan Senyum

Menurut kajian, kita lebih banyak menggunakan otot muka ketika menarik muka masam berbanding ketika tersenyum. Senyum dan ketawa bukan sahaja dapat mengeratkan silaturahim sesama kita, malahan dapat menarik aura positif  diri.

Jadi ketawalah apabila bergurau senda dengan keluarga atau pun kawan-kawan.Jangan memoyokkan diri atau menarik muka masam. Anda hanya menambahkan kedutan di muka.


Bagaimana wanita-wanita diluar sana? Anda suka tak baca artikel ini. Kalau suka, kongsikanlah dengan rakan-rakan anda. Jangan lupa tinggal komen dibawah ini. Maklumat-maklumat yang saya kongsikan dibawah ini memang penting, tetapi ada lagi tambahan makluman yang anda boleh peroleh dalam artikel maklumat penting untuk kesihatan wanita















😘😘😘

Tiada ulasan:

Catat Ulasan